Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

201

Soalan

PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:-
 
(a) berapakah loji rawatan air yang ada sekarang dan adakah kesemuanya berfungsi dengan baik dan berupaya menampung permintaan bekalan air di setiap negeri; dan
 
(b) adakah Kementerian bercadang untuk membina loji rawatan baharu dan menaik taraf loji sedia ada.

Jawapan

Soalan (a)
 
Tuan Yang di- Pertua,
 
1. Sehingga Disember 2017, terdapat 509 buah loji rawatan air sedia ada di Malaysia dan 335 buah loji rawatan air tersebut adalah di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah pengeluaran bagi 509 buah loji rawatan tersebut adalah sebanyak 16,881 Juta Liter Sehari (JLH) dengan rezab margin sebanyak 14.3%.
 
2. Kementerian ini melalui SPAN sentiasa memantau pengoperasian loji-loji rawatan air supaya dapat meminimumkan impak kekurangan bekalan air ketika cuaca panas dan kering. Pemantauan yang berterusan juga diambil dengan memastikan rizab margin bekalan air adalah mencukupi.
 
3. Di samping itu, Kementerian mencadangkan rizab margin bekalan air sebanyak 10-15% sebagai faktor keselamatan atau penampan bagi memastikan kapasiti rawatan selaras dengan projek pembangunan sumber air serta memenuhi permintaan meningkat.
 
Soalan (b)
 
4. Kementerian juga telah meluluskan pelaksanaan projek-projek pembinaan atau menaiktaraf loji baru dan sistem pengagihan bekalan air untuk memenuhi permintaan yang dijangka akan meningkat selaras dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi di setiap negeri.
 
5. Bagi negeri-negeri yang telah berhijrah ke rejim aset ringan selaras dengan penstrukturan industri perkhidmatan air, operator akan mendapatkan peruntukan kewangan dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi pembangunan infrastruktur air dan seterusnya boleh lebih fokus kepada mutu perkhidmatannya kepada pengguna. Kerja-kerja CAPEX seperti pembangunan infrastruktur air tersebut akan dibiayai oleh PAAB berdasarkan pendekatan model ‘build and lease’.
 
6. Manakala bagi pembinaan loji-loji baharu bagi negeri yang belum berhijrah ke rejim PAAB seperti negeri Kedah, Pahang dan Perlis dan Kementerian telah meluluskan pinjaman berjumlah RM709.9 juta.
 
Sekian, terima kasih.

Attachments