​​​​​​​​​​​​​​>Visi

Peneraju tata kelola sumber asli, alam sekitar, bekalan elektrik dan air yang mampan dan inklusif dalam mendepani impak perubahan iklim demi kesejahteraan negara

​​>Misi​​
  • Melaksanakan tata kelola sumber asli dan alam sekitar melalui langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan penggunaan secara optimum dan bertanggungjawab ke arah pembangunan mampan
  • Mengurus dan mengawalselia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari
  • Memastikan kelestarian dan keterjaminan air melalui dasar dan pengukuhan tata kelola
  • Melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi ke arah pembangunan daya tahan iklim​

>Objektif​

​Menyediakan perkhidmatan yang efisien melalui :

  1. Pengurusan sumber asli secara lestari dan bertanggungjawab;
  2. Pengurusan industri bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari;
  3. Kawalan pencemaran alam sekitar dan pembangunan daya tahan iklim;
  4. Transformasi sektor air yang terjamin dan lestari;
  5. Pembangunan modal insan dan pengurusan kewangan yang cekap; dan
  6. Tata kelola yang baik merangkumi pengukuhan perundangan dan kolaborasi strategik dengan pihak berkepentingan.

>Nilai Bersama

  • Integriti
  • Inovasi
  • Kerja berpasukan
  • Kecemerlangan
  • Lestari
  • Tata kelola yang baik​