Sign In

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah



 

 

Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

 

Penginapan

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Ko​nservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.

 

Perkhidmatan Pemandu Pelancong

Pelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).

 

Jadual Aktiviti Pelawat

Masa Tempat Aktiviti
10.30 pagi

​Pintu pagar utama

Pintu dibuka untuk pelawat masuk, meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan ke kaunter pendaftaran.

10.30 pagi - 3.30 petang

1. Pagar Elektirk (Kawasan Pemerhatian Gajah) 

2. Kawasan Anak Gajah 

Memberi makan gajah dan bergambar.

12.00 tengah hari - 2.00 petang

Auditorium (Bangunan Pendaftaran)

Tayangan Video Translokasi.

11.15 - 11.30 pagi 
(hari Kelepasan AM & hujung minggu) sahaja
2.15 - 3.00 petang 
(hari biasa dan hujung minggu)

2.45 - 3.15 petang 
(Jumaat sahaja)​​​

1. Tepi Sungai Di kawasan Anak Gajah

Gajah dewasa mandi bersama mahut (aktiviti bergantung kepada paras air sungai dan cuaca).

2. Pentas
Pertunjukan Berinformasi (Gajah dewasa bersama mahut, bergantung kepada keadaan cuaca).
3. Disebelah Kawasan Anak Gajah
Bermesra bersama Anak Gajah (bergantung kepada tahap kesihatan anak gajah)​.
3.30 petang
Pintu pagar utama
Pintu pagar utama di tutup kepada pelawat. Pelawat yang telah ada di dalam kawasan Pusat boleh berada di dalam sehingga pukul 4.15 petang.

 

Semua perlaksanaan aktiviti pada pukul 2.15 petang bergantung kepada paras air sungai dan juga cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan. Sekian terima kasih.

PIHAK PENGURUSAN PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN


Waktu Lawatan:

Hari Masa
 Isnin - Ahad  8.00 pagi - 1.00 petang
 2.30 petang – 4.30 petang
 Jumaat  8.00 pagi - 12.30 tengahari
 2.30 petang – 4.30 petang

 ​

 
 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

​Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kuala Gandah, 28500 Lanchang

Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel: 017-3688 207  Kaunter: 013-908 8207 

Email: necc[at]wildlife[dot]gov[dot]my

Website: www.wildlife.gov.my

 

Notis:

Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain daripada www.wildlife.gov.my seperti www.myelephants.org, http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank pihak ketiga.  Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.​​​​​​​​​​​​​​


​​​​