Sign In

Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong


 

 

 

Bagaimana Ke Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong

Pelawat boleh sampai ke Tanjung Mentong melalui dua jeti sama ada Pengkalan Gawi atau Jenagor. Pekan Kuala Berang merupakan pekan terdekat. Perjalanan ke sana akan merentasi Tasik Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan bot laju dari Pengkalan Gawi.

 

Permit Dan Lesen

Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

 

Aktiviti
Merentis Hutan
  • Melihat flora (Bunga Rafflesia, Periuk Kera) dan fauna (Kupu-kupu Rajah Brooke, Enggang Badak, Harimau Dahan, Helang Merah, Ungka Tangan Putih) di sepanjang rentis hutan
Memancing dan
Aktiviti Air
  • Melawat ke air terjun, memancing, berkayak, berkenu, dan menaiki bot. Untuk makluman umum, aktiviti memancing tidak dibenarkan di Sungai Cacing
Kembara Gua
  • Menerokai ekosistem Gua Bewah dan Gua Taat di mana artifak purba berusia 4,000 SM pernah ditemui

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Taman Negara Terengganu

d/a: Bangunan Majlis Daerah Hulu Terengganu,

21700 Kuala Berang, Terengganu

Tel : 09-681 1831

Faks : 09-681 1124

Emel: tnterengganu[at]wildlife[dot]gov[dot]my

Atau

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Terengganu 
Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail 
20200 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel : 09-622 1460 
Faks: 09-624 1326 
E-mel: terengganu[at]wildlife[dot]gov[dot]my​