>Bidang Fokus NCTF
Bidang Fokus 1 : Pengurusan Sumber Asli
- Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi kawasan-kawasan berkepentingan biodiversiti dan kawasan sensitif alam sekitar;
- Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti in-situ termasuk ekosistem dan spesies;
- Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti ex-situ termasuk spesies tempatan dan genetik; dan;
- Projek dan aktiviti-aktiviti mitigasi kepada perubahan iklim untuk mengarusperdana konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan.
Bidang Fokus 2 : Penyelidikan dan Pembangunan
Pembiayaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam bidang saintifik, teknologi dan sosio-ekonomi berkaitan konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan selaras dengan dasar-dasar berkaitan konservasi serta komitmen negara di bawah forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala.
Bidang Fokus 3 : Pembangunan Kapasiti
- Projek dan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dan latihan dalam bidang konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan termasuk pengukuhan dan pemahaman mengenai dasar-dasar, undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan obligasi negara di dalam forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala;
- Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam melalui pendidikan, latihan dan pembangunan kapasiti termasuk menyokong kempen bagi perlindungan dan konservasi;
- Projek dan aktiviti-aktiviti bagi memupuk pemahaman dalam pelaksanaan, penguatkuasaan dan penambahbaikan polisi, akta, peraturan dan garis panduan dalam bidang konservasi; dan;
- Penganjuran seminar, kursus, bengkel, persidangan dan kolokium yang dibiayai oleh NCTF.
Bidang Fokus 4 : Mekanisme Pembiayaan Berkekalan
Projek dan aktiviti-aktiviti untuk melaksanakan mekanisme pembiayaan berkekalan serta perkongsian faedah kewangan dan sumber-sumber lain di antara kerajaan persekutuan dan negeri.