Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama INTAN telah menyediakan kursus latihan berkaitan biodiversiti. Kursus ini menerangkan mengenai definisi biodiversiti, kaitannya dengan perkhidmatan ekosistem yang amat bernilai dan menggariskan prinsip-prinsip bagi pengurusan biodiversiti dalam landskap. Pada laman ini, anda boleh memperoleh 17 pembelajaran dalam format video dan juga powerpoint, panduan bagi pengajar, garis Panduan pengurusan biodiversiti ke dalam landskap dan zon riparian, dan akhir sekali ialah poster yang berkaitan dengan pembelajaran.
Modul 1: Menetapkan Peringkat Biodiversiti
Modul 2: Pengurusan Biodiversiti ke dalam Landskap
Modul 3 : Tindakan sampingan Agensi berkaitan/Complimentary Inter-Agency Actions
Pembelajaran tambahan – Pengurusan Biodiversiti dalam Zon Riparian
Panduan
Poster