Sign In

Bekalan Elektrik


BBE-OBJ.jpg
BBE-FUNGSI.jpg

​Secara umumnya, fungsi Bahagian Bekalan Elekttrik adalah seperti berikut:

  • Mengkaji, merancang pelaksanaan dan membangunkan dasar-dasar bagi industri bekalan elektrik
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Pembangunan Penjanaan elektrik Semenanjung dan Sabah serta penyelarasan data dan maklumat berkaitan bekalan elektrik negara.
  • Mengkaji, merancang dan membangunkan dasar-dasar baharu berkaitan isu-isu antarabangsa tenaga dan sambungtara antara negara.
  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan ulasan bagi isu-isu regulatori yang melibatkan industri bekalan elektrik serta isu-isu berkaitan bahan api seperti gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik
  • Mengkaji dan memperakukan struktur tarif elektrik dengan mengambil kira kos-kos bahan api pembekalan elektrik yang terlibat
  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan cadangan penyelesaian terhadap isu mengenai industri bekalan elektrik merangkumi isu tarif, subsidi tenaga, gangguan bekalan elektrik, isu TNB, penukaran meter dan lain-lain
  • Menyelaras dan memantau urusan pentadbiran di Sektor Tenaga termasuk urusan perkhidmatan, aset, kewangan dan sebagainya

​​​BBE-DASAR.jpg

​Dasar

  • Dasar Tenaga Negara (1979)
  • Dasar Kepelbagaian Bahan Api (1981)
  • Dasar Lima Bahan Api (2001)
  • Dasar Tenaga Boleh Baharu Negara(2010)
  • Dasar Kecekapan Tenaga Negara (2016)

Akta

  • Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
  • Peraturan – Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
  • Peraturan - Peraturan Elektrik 1990
  • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610)
  • Akta Bekalan Gas 1993;
  • Akta Lembaga Letrik Sabah 1983 (Akta 278)
  • Akta Lembaga Letrik Sabah (Pindaan) 2001
  • Perintah Bekalan Elektrik (Kumpulan Wang Industri Elektrik) 2019

​​BBE-PROGRAM.jpg

Seksyen Dasar dan Perancangan Bekalan Elektrik

  • Kajian kebolehlaksanaan sambungtara ASEAN Power Grid (APG) bagi membolehkan import/eksport tenaga elektrik merentasi sempadan
  • Pemantapan Pelan Pembangunan Penjanaan (PDP) Elektrik di bawah Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Semenanjung dan Labuan melalui mekanisme Integrated System Planning (ISP) bermula pada 2025
  • Pengukuhan kawal selia penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui pewartaan Perintah 95(C) di bawah Perlembagaan Persekutuan


Seksyen Regulatori dan Pembangunan Industri

  • Pindaan Keseluruhan Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610].
  • Pewujudan Operator Sistem Tenaga Elektrik
  • Pembangunan garis panduan bagi regulatory sandbox bagi melaksanakan proof of concept termasuk power exchange
  • Pembangunan Pelan Tindakan Distributed Energy Resources (DER)
  • Penstrukturan semula tarif elektrik yang mencerminkan kos perkhidmatan pembekalan elektrik sebenar (cost-reflective)
  • Semakan tarif asas elektrik bagi tempoh Regulatory Period di bawah mekanisme Incentive Based Regulation (IBR)

​​BBE-HALATUJU.jpg​​

​Seksyen Dasar dan Perancangan Bekalan Elektrik

  • Pemerkasaan perkhidmatan pembekalan elektrik yang berterusan, mampu bayar dan lestari melalui pengukuhan infrastruktur bekalan elektrik negara
  • Liberalisasi industri bekalan elektrik melalui pengukuhan perundangan dan tadbir urus

Seksyen Regulatori dan Pembangunan Industri

  • Liberalisasi industri bekalan elektrik melalui pengukuhan perundangan dan tadbir urus
  • Pemerkasaan perkhidmatan pembekalan elektrik melalui penetapan tarif yang telus, mampan dan saksama.
​Seksyen Dasar dan Perancangan Bekalan Elektrik

  • Merancang pelaksanaan pembekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah melalui pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Semenanjung dan Sabah.
  • Menyediakan kertas pertimbangan bagi permohonan pembinaan loji janakuasa thermal di Semenanjung dan Sabah berdasarkan Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan.
  • Memantau pelaksanaan projek-projek loji janakuasa thermal di Semenanjung dan Sabah.
  • Merancang dan membangunkan dasar-dasar baharu bagi industri bekalan elektrik Semenanjung dan Sabah.
  • Melaksanakan dasar semasa Kerajaan berhubung penyerahan semula kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah
  • Mengkaji dan menyediakan hala tuju bagi pelaksanaan penambahbaikan bagi menyediakan industri bekalan elektrik yang kalis cabaran (future proofing) di bawah inisiatif Future Proofing Malaysia Electricity Supply Industry (MESI)
  • Menyediakan kertas dan ulasan strategik berhubung dasar industri elektrik bagi dokumen-dokumen utama Kerajaan termasuk RMK dan dasar-dasar sektoral.

Seksyen Regulatori dan Pembangunan Industri

  • Menyelia dan memantau pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based-Regulation) dan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi Semenanjung, Kulim High Tech Park (KHTP) dan Sabah serta pelaksanaan projek-projek khas dibawah mekanisme IBR seperti pemasangan meter pintar.
  • Menyelaras dan memantau perkara-perkara berkaitan pengurusan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan cadangan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan industri bekalan elektrik seperti bahan api bagi penjanaan elektrik, isu tarif dan sebagainya.
  • Menguruskan pelaksanaan insentif fiskal bagi kesejahteraan rakyat seperti Program Rebat RM40.
  • Menyelaras dan memantau isu-isu regulatori berkaitan tenaga di Semenanjung dan Sabah serta memproses dan memperakukan permohonan lesen bawah Seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] kepada YB Menteri.
  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan ulasan bagi isu-isu regulatori tarif, fi dan caj dan sebagainya yang melibatkan industri bekalan elektrik.


16.png24.png