Sign In

Tenaga Lestari


BTL-OBJ.jpg BTL-FUNGSI.jpg

​​BTL-DASAR.jpg

​Dasar

  • Dasar Tenaga Negara (1979)
  • Dasar Kepelbagaian Bahan Api (1981)
  • Dasar Lima Bahan Api (2001)
  • Dasar Tenaga Boleh Baharu Negara(2010)
  • Dasar Kecekapan Tenaga Negara (2016)

Akta

  • Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447);
  • Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2001 (A1116);
  • Peraturan - Peraturan Bekalan Pemegang Lesen (Pindaan) 2002;
  • Peraturan - Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003;
  • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610);
  • Akta Gas;
  • Akta Lembaga Letrik Sabah 1983 (Akta 278);
  • Akta Lembaga Letrik Sabah (Pindaan) 2001;
  • Akta Tenaga Boleh Baharu 2011; dan
  • Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011.

​​BTL-PROGRAM.jpg



​Seksyen Tenaga Boleh Baharu

  • Program Large Scale Solar (LSS)
  • Program Feed-in Tariff
  • Net Energy Metering (NEM)
  • Corporate Green Power Programme (CGPP)
  • Self-Consumption (SELCO)
  • Program Green Electricity Tariff (GET)
  • Program New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA)

Seksyen Kecekapan Tenaga

  • Pembangunan Pelan Tindakan Kecekapan dan Konservasi Tenaga (National Energy Efficiency Action Plan - NEEAP) 2.0 2026-2035
  • Penetapan sasaran Pengurangan Permintaan Tenaga 2026-2035 pada 2025
  • Pengurangan Permintaan Tenaga melalui pelaksanaan NEEAP 2016-2025
  • Penggubalan dan Penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency and Conservation Act – EECA)
  • Pembangunan Peraturan dan Garis Panduan EECA
  • Penubuhan dan pengoperasian jabatan kawal selia bagi menguatkuasakan EECA
  • Program Geran Audit Tenaga Bersyarat di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun
  • Pelan Komunikasi Kecekapan Tenaga NRECC bersama Agensi Berkaitan Tenaga
  • Pertandingan Energy Efficiency Challenge


​​BTL-HALATUJU.jpg​​


​Seksyen Tenaga Boleh Baharu

  • Peningkatan kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan inisiatif TBB
  • Mempercepat peralihan tenaga melalui pengukuhan inisiatif TBB sedia ada
  • Mempercepat peralihan tenaga melalui pengukuhan inisiatif TBB baharu
  • Peningkatan Akses TBB untuk Syarikat-syarikat Korporat Bagi Memenuhi Komitmen ESG
  • Penawaran peluang ekonomi baharu dalam pembangunan TBB serta penerokaan pasaran baharu melalui perdagangan tenaga serantau

Seksyen Kecekapan Tenaga

  • Pengukuhan Kerangka Kerja Kecekapan Tenaga melalui pemantapan Dasar, Tadbir Urus dan Kawal Selia
  • Pembangunan Modal Insan dan Pengalakkan Pembiayaan melalui kerjasama strategik dengan pemegang taruh
  • Pelaksanaan Inisiatif/Program Cekap Tenaga melalui pemantapan libat urus dan promosi



​Seksyen Tenaga Boleh Baharu

  • Merancang, menetapkan dan memantau dasar serta hala tuju makro pembangunan Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara.
  • Merangka, melaksana dan memantau program/aktiviti yang menyokong dasar Tenaga Boleh Baharu negara bagi memastikan industri TBB yang berdaya maju.
  • Memantau dan mengawalselia tadbir urus dan perundangan berkaitan Tenaga Boleh Baharu bagi memastikan pelaksanaan dasar atau program yang sempurna selaras dengan Akta serta Kaedah dan Peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
  • Mengurus dan memperakukan permohonan kelulusan lesen penjanaan awam Tenaga Boleh Baharu di bawah Seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] kepada YB Menteri.
  • Mengurus dan memperakukan permohonan rayuan Pemegang Kelulusan Galakan di bawah Seksyen 11, Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] kepada YB Menteri.
  • Menyelaras dan menguruskan perkara-perkara berkaitan tadbir urus Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia selaras dengan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari [Akta 726] serta Peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
  • Memantau dan memudahcara perkara-perkara berkaitan pembangunan industri Tenaga Boleh Baharu bagi menyediakan persekitaran yang kondusif dan menyokong pertumbuhan industri Tenaga Boleh Baharu.

Seksyen Kecekapan Tenaga

  • Merancang, menggubal, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, pelan strategik dan program-program kecekapan tenaga.
  • Merancang dan memantau pelaksanaan program/projek/inisiatif bagi menyokong pembangunan industri kecekapan tenaga.
  • Merangka, menyemak, menggubal, memberi khidmat nasihat dan memantau penguatkuasaan dan perundangan berkaitan kecekapan tenaga termasuk Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] serta penggubalan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency & Conservation Act - EECA).
  • Mengurus, memantau dan mengawal selia pembiayaan dan pelaksanaan program/projek pembangunan kecekapan tenaga di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Merancang, menyedia dan menyelaras hubungan antarabangsa Malaysia berkaitan dengan sektor elektrik secara dua hala dan pelbagai hala.


​​
17.png