Sign In

Biodiversiti

​​​​​​​

>Pengenalan

​United Nation Earth Summit pada tahun 1992 telah mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau “biodiversiti" sebagai " kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.


Lihat sahaja pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan berbunga, pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta habitat mereka yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air yang kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita pakai, semuanya datang daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta perkhidmatan daripada alam semula jadi yang membantu mengekalkan kehidupan di bumi. Semua kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem membentuk jaringan kehidupan yang bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai konsep biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti. Saintis pula berpendapat bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.


 Kemandirian Manusia Sejagat

Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup. 

Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan

Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.

Riadah dan Nilai Kebudayaan
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.

Menyokong Kehidupan

Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.

>Jawatankuasa

BBP

  • Akta Taman Negara 1980
  • National Biodiversity Council (Majlis Biodiversiti Negara - MBN)
  • Biodiversity Technical Committee of the National Biotechnology
  • Genetic Modification Advisory Committee
  • Biosafety Regulations Advisory Committee
  • Core Group ABS
  • Main Committee Wetlands Management
  • National Parks Advisory Council
  • Technical Steering Committee and the Ramsar Convention
  • National Committee of CITES